Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Mohd Faidz Mohd Zain, (2012) Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan: Analisis geografi pilihan raya. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 64-74. ISSN 1823-884x
|
PDF
164kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi
Abstract
Geografi pilihan raya adalah kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Subjek kajian yang utama adalah manusia dan interaksinya dengan proses pengundian. Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan diadakan pada 27 September 2010. DUN ini tidak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang sinonim dengan fenomena ‘tsunami’ politik negara. Adalah tujuan artikel ini untuk menganalisis PRK DUN Galas dari aspek isu dan strategi kempen; politik pembangunan; pola pengundian, etnik dan faktor kemenangan. Dalam PRK ini, calon BN, Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS/Pakatan Rakyat, dengan majoriti 1,190 undi. Berdasarkan pemerhatian dan temubual di lapangan, isu negeri dan nasional seperti isu tuntutan royalti minyak, kenaikan harga petrol, pembinaan Menara Warisan dan kes perbicaraan salah laku Ketua Pembangkang, tidak mempengaruhi pilihan politik pengundi di kawasan ini. Sebaliknya, isu setempat seperti hak milik tanah; perumahan; pembangunan infrastruktur setempat; penerokaan tanah; pencemaran; perubahan landskap alam sekitar Lojing dan pemaparan janji-janji pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat telah memberi kelebihan kepada BN untuk menjuarai ‘isu-isu rakyat’ di Galas. Faktor kemenangan juga dikaitkan dengan kepemimpinan Pengarah Pilihan Raya DUN Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan keberkesanan strategi kempen bersemuka dengan pengundi. Dari segi pola pengundian pula menunjukkan peningkatan jumlah undi yang diterima oleh calon BN bagi kesemua lokasi dan etnik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pilihan raya; Galas; Pilihan raya kecil; Tengku Razaleigh; Pola pengundian |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2822 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Sep 2011 02:40 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page