Mohmadisa Hashim, and Wan Ruslan Ismail, and Nasir Nayan, and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, and Mohd Hairy Ibrahim, (2012) Analisis trend hujan di Bandaraya Ipoh Perak 1970-2007. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 149-164. ISSN 1823-884x
|
PDF
463kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi
Abstract
Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. Hujan bulanan dari tahun 1970-2007 menunjukkan kepelbagaian variasi. Berdasarkan Ujian Mann-Kendall (S), bulan Mei (-21), September (-25), Oktober (-35) dan Disember (-16) menunjukkan trend yang menurun dan bulan-bulan lain menunjukkan trend yang meningkat. Keadaan ini jelas menunjukkan variasi hujan yang kompleks di kawasan tropika. Faktor perubahan iklim global masa kini serta hidrometeorologi tempatan dijangka mempengaruhi trend hujan serta perubahan guna tanah khususnya aktiviti perbandaran yang wujud di bahagian tengah lembangan Kinta iaitu di Bandaraya Ipoh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Trend Hujan; Hujan Bulanan; Hujan Tahunan; Ujian Mann-Kendall; Bandaraya Ipoh |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2825 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Sep 2011 03:27 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page