Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, (2012) Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 50-63. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
150kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Kawasan Parlimen Muar, Johor yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang yang sedang mengalami kemajuan pesat sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran daerah Muar. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah mempengaruhi kehidupan serta keperluan generasi muda dan juga mempengaruhi pendapat serta pilihan politik mereka. Justeru,artikel ini akan menganalisis keperluan dan pandangan politik semasa generasi muda di kawasan kajian.Berdasarkan pemerhatian dan soalselidik di lapangan, hasil kajian mendapati bahawa mereka mahukan lebih banyak peluang pekerjaan dan tingkat upah/gaji yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa;inginkan kemudahan jalur lebar/internet diperluaskan; perbanyakkan aktiviti sukan dan rekreasi dan inginkan lebih banyak pusat kemahiran didirikan dan pemberian biasiswa ditambah. Dari aspek kepimpinan mereka memerlukan pemimpin yang bersifat jujur, bersih, amanah dan mementingkan rakyat/pengundi dan mahukan ruang yang lebih untuk menyuarakan pendapat mereka tentang politik semasa. Dari sudut alam sekitar pula, mereka menyarankan pihak berkuasa agar menggerakkan aktiviti gotong royong di kalangan masyarakat setempat di samping mencantikkan landskap persekitaran agar lebih segar dan ceria. Hasil kajian juga mendapati 71.0 peratus di kalangan mereka menyokong peranan kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan belia Negara dan 66.1 peratus menyatakan gagasan 1 Malaysia disokong, dihayati dan dimanifestasikan. Dari aspek pentadbiran awam pula, 82.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan generasi muda (73.9 peratus). Mereka juga menyatakan (71.9 peratus) bahawa kepimpinan kawasan Muar perlu dikekalkan kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Merujuk kepada parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang, masing-masing 66.8 peratus dan 67.6 peratus akan mengundi BN di peringkat DUN dan Parlimen Muar.

Item Type:Article
Keywords:Belia; Parlimen Muar; keperluan; pendapat politik; bIndeks Petunjuk Prestasi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2827
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Sep 2011 03:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page