Nor Rohaizah Jamil, and Mohd Ekhwan Toriman, and Mushrifah Idris, and Ng, Lee How (2012) Analisis ciri-ciri luahan Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh Tasik Chini, Pahang bagi waktu normal, waktu basah dan selepas banjir. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 1-16. ISSN 1823-884x
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi
Abstract
Pengukuran ciri-ciri luahan sungai pada waktu normal, waktu basah dan waktu selepas banjir telah dijalankan di Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh, Tasik Chini, Pahang. Persampelan telah dijalankan sebanyak lima kali dalam masa lima bulan berturutan, iaitu bermula pada bulan September 2007 sehingga Januari 2008. Eksesais fizikal melibatkan pengukuran ciri-ciri fisiografik sungai seperti pengukuran keratan rentas, kedalaman dan halaju arus sungai diukur bagi dua waktu dalam musim normal dan musim basah. Bagi tujuan keselamatan, persampelan tidak dijalankan semasa banjir berlaku pada bulan Disember 2007, namun penganggaran luahan banjir dilakukan dengan mengunakan rumus Manning bagi kedua-dua sungai kajian. Kedalaman hujan diukur menggunakan tolok hujan HOBO Proware dengan bacaan tertinggi direkodkan dalam bulan Disember 2007 iaitu bacaan kumulatif sebanyak 844.4 mm. Aras air di Sungai Chini diperolehi daripada stesen luahan sungai di Kuala Sungai Chini manakala persampelan dan pengukuran in situ bagi mendapatkan data hidraulik Sungai Paya Merapuh dilakukan secara manual setiap kali persampelan mengikut musim dijalankan.. Berdasarkan ujian kolerasi yang dijalankan, kadar alir sungai adalah dipengaruhi oleh kedalaman sungai dan taburan hujan dengan signifikan dengan bacaan 3.32 x 108 ± 2.86 x 106 L/hari air (selepas banjir), sebanyak 2.13 x 108 ± 1.01 x 107 L/hari air (waktu biasa), dan 3.10 x108 ± 5.04 x 106 L/hari (waktu hujan) bagi Sg Chini, manakala bagi Sg Paya Merapuh adalah 9.96 x 106 ± 2.17 x 105 L/hari (selepas banjir), 1.29 x 107 ± 1.12 x 106 L/hari (waktu biasa) dan 1.60 x 108 ± 1.64 x 107 L/hari (waktu hujan), dan Kajian ini memberikan maklumat awalan yang penting tentang adaptasi dan keupayaan maksimum Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh terhadap kejadian banjir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ciri luahan sungai; Sungai Chini; Sungai Paya Merapuh; musim normal; kering dan selepas banjir; adaptasi sungai semasa banjir |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2828 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Sep 2011 03:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page