Nik Hairi Omar, and Azmi Awang, (2012) Masalah halatuju industri bina semula kenderaan perdagangan di bawah semakan dasar Automotif Nasional, 2009. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 94-106. ISSN 1823-884x
|
PDF
338kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi
Abstract
Semakan semula Dasar Automotif Nasional pada 2009 (DAN09) telah meninggalkan dampak yang besar ke atas industri bina semula kenderaan perdagangan di negara ini. Pemansuhan berperingkat Lesen Import (AP) berkuatkuasa 1hb. Februari 2010 – 31hb. Disember 2015 telah menyekat industri bina semula (rebuilt) dari mengimport casis, kabin, enjin, transmisi, axle dan lain-lain komponen bagi tujuan pengeluaran. Kesannya, industri bina semula kenderaan perdagangan di seluruh negara berhadapan ketidaktentuan halatuju dan dilema penutupan kilang-kilang. Artikel ini membahaskan kewajaran pelaksanaan dasar pemansuhan AP di bawah DAN09 dengan meneliti hujah-hujah institusional berhubungnya, reaksi balas industri serta beberapa isu semasa yang dihadapi pihak industri. Data kajian dikumpul melalui tinjauan soalselidik ke atas 12 industri serta pemerhatian di tiga kilang di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Tiga siri perbincangan fokus kumpulan turut diadakan dengan lima exco Pertubuhan Pembina Semula Kenderaan Perdagangan (CVRAM) antara Ogos hingga Oktober 2010. Kajian mendapati langkah pemansuhan AP berdasarkan hujah-hujah keselamatan, liberalisasi pasaran dan perlindungan alam sekitar dipersepsikan pihak industri rebuilt sebagai tidak kukuh, tidak demokratik dan diselubungi kepincangan tadbir urus. Pelaksanaan DAN09 memunculkan beberapa isu ke atas industri rebuilt seperti kekaburan polisi dan kebuntuan rundingan, sekatan pengeluaran, legitimasi perniagaan dan penyertaan dalam strategi keluar. Pihak industri mahu dasar penghapusan AP dikaji semula manakala isu-isu kelemahan institusional dan tadbir urus ditangani dengan langkah-langkah penambahbaikan di pihak kerajaan dan industri.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Masalah Halatuju; Industri Bina Semula Kenderaan Perdagangan (industri rebuilt); Dasar Automotif Nasional; Lesen Import (AP) |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2830 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Sep 2011 03:56 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page