Zaharani Ahmad, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Harishon Radzi, and Mohd Shabri Yusof, (2011) Pemerkasaan jati diri Bahasa Melayu: isu penyerapan kata asing. Jurnal Melayu, 6 . pp. 13-27. ISSN 1675-7513
|
PDF
209kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu
Abstract
Makalah ini menganalisis beberapa implikasi daripada penyerapan kata asing dalam proses pemerkasaan jati diri bahasa Melayu. Sumber analisis meliputi beberapa buah kamus terkenal dan pengucapan lazim dalam kehidupan harian. Dihujahkan bahawa penyerapan kata asing bukan sekadar membawa masuk leksikal baru tetapi disertai dengan sistem nahunya yang sekali gus menyebabkan berlakunya pertembungan antara sistem linguistik bahasa sumber dengan sistem linguistik bahasa sasaran. Akan dijelaskan proses tersebut menimbulkan dua dikotomi iaitu sama ada (i) kata asing itu mengalami perubahan dan penyesuaian untuk mematuhi sistem bahasa sasaran, atau (ii) kata asing itu mengekalkan bentuk asalnya lalu membawa masuk ciri baru yang melanggari sistem linguistik bahasa sasaran. Makalah ini memberi tumpuan terhadap bagaimana dikonomi begini telah berlaku dalam aspek fonologi (sistem bunyi) bahasa Melayu dengan melihatnya secara retrospektif. Akan disentuh juga aspek morfologi (sistem pembinaan kata) dan sintaksis (sistem pembinaan ayat).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penyerapan; kata asing; pemerkasaan; perubahan dan jati diri |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 2915 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 05 Oct 2011 03:31 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page