Hasnalee Tubah, and Zulkifley Hamid, (2011) Pengaruh demografi terhadap kemahiran membaca dan memahami dalam kalangan murid-murid LINUS. Jurnal Melayu, 6 . pp. 29-47. ISSN 1675-7513
|
PDF
213kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi meninjau sejauh mana pengaruh demografi berperanan dan mendatangkan kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. Responden kajian adalah terdiri daripada 131 orang murid-murid LINUS Tahun 1 dan 17 orang guru LINUS yang dipilih secara rawak daripada 15 buah sekolah. Lokasi sekolah yang dipilih berdasarkan kepada kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada soalan soal selidik dekatomi yang diberikan kepada murid LINUS. Pengkaji akan menganalisis datapan kajian dengan menggunakan peratusan dan min. Bagi guru LINUS pula pengkaji telah sediakan 1 set soalan soal selidik 5 pilihan mengikut skala Likert dan 1 set soalan temu bual berstruktur. Pengkaji telah menganalisis kajian dengan berdasarkan teori “Psikososial Vygotsky” (1935) yang menjelaskan tentang peranan “scaffolding” dan “ZPT” yang perlu dijadikan panduan untuk guru LINUS dalam mengajar kemahiran membaca dan memahami dalam kelas LINUS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak semua faktor demografi murid atau pun guru mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami murid.Fenomena ini menunjukkan guru LINUS perlu mempunyai kepakaran dalam menentukan kesediaan murid, dan jelas tentang tahap bantuan (scaffolding) yang perlu diberikan kepada murid-murid LINUS. Di samping itu guru LINUS juga perlu menguasai kemahiran pengajaran secara psikolinguistik iaitu menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Demografi; kefahaman; LINUS; scaffolding dan psikolingustik. |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 2916 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 05 Oct 2011 03:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page