Sumbangan Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: relevansi politik pembangunan

Mat Zin Mat Kib, (2011) Sumbangan Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12: relevansi politik pembangunan. Jurnal Melayu, 6 . pp. 105-120. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
284kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini meninjau bagaimana Sabah memberi sumbangan ke atas kemenangan BN (Barisan Nasional) dalam Pilihan Raya ke-12 yang sekali gus membuktikan politik pembangunan adalah fenomena yang masih relevan dalam konteks Malaysia sehingga ke hari ini. Sumber tinjauan makalah ini terdiri daripada data yang dikutip daripada observasi lapangan, laporan rasmi dan temu bual dengan pemain sebenar dalam politik Sabah. Dihujahkan bahawa kemenangan BN sebanyak 18 (72%) daripada keseluruhan 25 kawasan Parlimen di negeri berkenaan yang terletak dalam kategori kawasan Desa itu dengan sendirinya menunjukkan politik pembangunan adalah satu fenomena yang dipertahankan oleh masyarakat tempatan sendiri. Walau bagaimanapun, kefungsian politik begini tidak ketara dikawasan bandar, khususnya yang didominasi oleh penduduk Cina.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:2921
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Oct 2011 04:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page