Komunikasi dan pembangunan komuniti peringkat desa: berkongsi pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia

Mohd Yusof Hj.Abdullah, and Noor Rahamah Abu Bakar, and Junaenah Sulehan, and Abd Hair Awang, and Ong, Puay Liu (2011) Komunikasi dan pembangunan komuniti peringkat desa: berkongsi pengalaman antara Indonesia dengan Malaysia. Jurnal Melayu, 6 . pp. 227-237. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
130kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini membincangkan kaitan komponen komunikasi dengan pembangunan komuniti. Sebahagian daripada perbincangan adalah berdasarkan pengalaman permerhatian lapangan di desa di Malaysia dan Jawa Barat, Indonesia. Didapati masyarakat desa di kedua-dua buah negara sentiasa menjadi fokus usaha-usaha pembangunan oleh pihak pemerintah. Walau bagaimanapun, usaha membangunkan komuniti di peringkat desa memerlukan pelbagai input atau komponen lain. Ia memerlukan peruntukan yang besar, teknologi yang bersesuaian, dasar yang baik,program yang berkesan, komitmen politik, kestabilan, dan komunikasi. Komponen komunikasi dianggap sama penting dengan input lain. Satu daripada faktor penting yang menyumbang kepada keadaan kurang sejahtera adalah sikap manusia.Perubahan kepada komponen sikap itu memerlukan pendidikan. Pendekatan mendidik memerlukan aktiviti komunikasi untuk memberi nasihat, memberitahu, menunjukajar, berunding, berpakat, mempengaruhi, dan sebagainya. Komunikasi mengupayakan atau memberdaya komuniti untuk membuat keputusan menyertai dalam proses pembangunan yang dibawakan kepada mereka atau yang dicetuskan oleh komuniti itu sendiri

Item Type:Article
Keywords:pembangunan komuniti; penyertaan; komunikasi; pemberdayaan komuniti; agen perubahan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:2928
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Oct 2011 06:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page