Survei keberintangan geoelektrik untuk mengesan terowong di Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu.(Geoelectrical Resistivity Survey for Ancient Tunnel Detection at Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu)

Siti Nazira Masrom, and Mohd. Hariri Arifin, and Abd. Rahim Harun, and Abdul Rahim Samsudin, (2011) Survei keberintangan geoelektrik untuk mengesan terowong di Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu.(Geoelectrical Resistivity Survey for Ancient Tunnel Detection at Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu). Sains Malaysiana, 40 (11). pp. 1223-1229. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
6MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Survei keberintangan geoelektrik ini telah dijalankan di kawasan Bukit Tenggek, Setiu, Terengganu untuk mengesan kemungkinan wujudnya terowong lama yang dipercayai berada di kawasan berkenaan. Kaedah keberintangan geoelektrik ini bukanlah asing dan didapati amat berkesan di dalam eksplorasi mencari bahan arkeologi dan struktur terkambus di bawah tanah (terowong dan bahan artifak). Survei keberintangan geoelektrik ini dijalankan dengan menggunakan peralatan ABEM Terrameter SAS1000 dan susun atur elektrod jenis Wenner. Kawasan kajian terletak di kawasan lembah yang lembap dan terdapat anak sungai yang merentasi kawasan tersebut. Imej keberintangan 2-D menunjukkan wujudnya beberapa kawasan beranomali yang boleh dikaitkan dengan struktur yang dicari. Nilai keberintangan yang rendah mewakili kawasan yang dianggarkan wujudnya terowong lama. Manakala anomali yang menunjukkan bentuk gugusan dianggarkan berasosiasi dengan lokasi tong/bahan artifak. Profil keberintangan 3-D menunjukkan anomali yang mungkin disebabkan oleh wujudnya satu terowong mendatar dan dua terowong menegak. Namun, kerja galicari perlu dilakukan bagi menentukan punca sebenar anomali tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Bahan artifak; keberintangan geoelektrik; terowong lama
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2931
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Oct 2011 04:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page