Bioanalysis based on glutamate dehydrogenase/diaphorase system for ammonium determination (Bioanalisis berasaskan sistem glutamat dehidrogenase-diaporase untuk pengesanan ammonium)

Nur Ellina Azmi, and Jaafar Abdullah, and Musa Ahmad, and Lee, Yook Heng and Hamidah Sidek, and Samsulida Abd Rahman, (2011) Bioanalysis based on glutamate dehydrogenase/diaphorase system for ammonium determination (Bioanalisis berasaskan sistem glutamat dehidrogenase-diaporase untuk pengesanan ammonium). Sains Malaysiana, 40 (11). pp. 1263-1269. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
445kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-nikotinamida adenina dinukleotida (NADH) akan dioksidakan kepada NAD+ dengan kehadiran ammonium. Seterusnya, baki NADH yang tidak digunakan dioksidakan kepada NAD+ oleh Dph dan MTT dan diturunkan kepada formazan yang berwarna ungu. Keamatan formazan yang terbentuk dicerap menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 563 nm. Bioanalisis ini memberikan rangsangan yang optimum bagi pengesanan ammonium pada pH larutan penimbal fosfat bersamaan 8, kepekatan GLDH, Dph dan reagen MTT pada 13.2 unit/mL, 1.17 unit/mL dan 0.2 mM, masing-masing. Bioanalisis ini memberikan rangsangan linear terhadap ammonium dalam julat kepekatan 3 - 50 μM dengan had pengesanan 1 μM.

Item Type:Article
Keywords:Ammonium; bioanalisis; Dph; GLDH
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2937
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Oct 2011 06:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page