Fenomena kehujanan di Semenanjung Malaysia berdasarkan indeks kerpasan piawai (Peninsular Malaysia rainfall phenomenon based on standard precipitation index)

Siti Aishah Hanawi, and Wan Zawiah Wan Zin, and Abdul Aziz Jemain, and Rokiah @ Rozita Ahmad, (2011) Fenomena kehujanan di Semenanjung Malaysia berdasarkan indeks kerpasan piawai (Peninsular Malaysia rainfall phenomenon based on standard precipitation index). Sains Malaysiana, 40 (11). pp. 1277-1284. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
944kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola taburan kehujanan di Semenanjung Malaysia menggunakan Indeks Kerpasan Piawai bagi skala masa yang berbeza iaitu sebulan, enam bulan dan dua belas bulan. Data kajian adalah data hujan harian dari 75 stesen tadahan hujan yang merangkumi empat zon iaitu Barat Laut, Barat, Barat Daya dan Timur untuk 33 tahun; 1975 – 2007. Hasil kajian mendapati nilai serakan bagi frekuensi keberlakuan keadaan basah/kering bertambah dengan peningkatan skala masa. Kajian pemboleh ubah berkaitan iaitu tempoh, keparahan dan selang ketibaan mendapati wujud peningkatan dalam nilai-nilai maksimum, purata dan sisihan piawai di setiap zon dengan bertambahnya skala masa yang digunakan. Seterusnya, zon Barat Daya secara konsisten mengalami tempoh keadaan basah yang lebih lama berbanding tempoh keadaan kering manakala zon Barat pula menghasilkan nilai sisihan piawai yang paling tinggi berbanding dengan zon lain untuk kesemua pemboleh ubah kajian kecuali intensiti.

Item Type:Article
Keywords:Indeks Kerpasan Piawai; hujan harian; pola taburan; skala masa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2939
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Oct 2011 06:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page