Reka bentuk implan sendi pinggul dan penggunaannya dalam persekitaran digital (Design of hip joint implan and its use in digital environmental)

Riza Sulaiman, and Azrulhizam Shapi’i, and Mohammad Khatim Hasan, and Anton Satria Prabuwono, and Abdul Yazid Mohd. Kassim, and Hamzaini Abd. Hamid, (2011) Reka bentuk implan sendi pinggul dan penggunaannya dalam persekitaran digital (Design of hip joint implan and its use in digital environmental). Sains Malaysiana, 40 (11). pp. 1307-1312. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
947kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Bidang ortopedik pada masa kini menjadi semakin penting kerana bilangan pesakit yang menghidapi penyakit ‘osteoporosis’ meningkat setiap tahun. Cara pengecaman secara konvensional masih digunakan untuk mencari implan yang sesuai bagi pesakit. Oleh itu satu kaedah secara digital perlu dibangunkan supaya proses pengecaman saiz implan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kertas ini menunjukkan bagaimana implan sendi pinggul direka bentuk untuk digunakan dalam persekitaran digital. Templat implan yang digunakan secara manual oleh pihak PPUKM telah digunakan sebagai asas kepada reka bentuk implan sendi pinggul. Templat ini direka bentuk semula dengan menggunakan perisian AutoCad 2008. Templat yang dihasilkan dalam format AutoCAD ditukarkan ke format imej JPEG supaya ia boleh digunakan dalam perisian Photoshop untuk tujuan pewarnaan dan penskalaan. Implan digital ini kemudiannya telah diuji dengan menggunakan imej sinar-X pesakit yang disediakan oleh PPUKM. Keputusan menunjukkan implan sendi pinggul digital yang dihasilkan sangat sesuai dan boleh digunakan dalam persekitaran digital.

Item Type:Article
Keywords:Digital; implan; sendi pinggul; templat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2944
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Oct 2011 07:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page