Siti Zainon Ismail, (2008) Puisi Perjalanan : pengalam penyair Malaysia di Rusia. Jurnal Melayu, 3 . pp. 115-140. ISSN 1675-7513
|
PDF
98kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/
Abstract
Sejak dari dulu penyair berkarya oleh aneka pengalaman kehidupan. Jiwa dan minda menyatu diolah lewat kepekaan berhadapan langsung dengan peristiwa serta latar sejarah budaya. Keghairahan berkarya pula makin digoda uji setiap kali melakukan perjalanan atau kembara. Pengalaman perjalanan inilah yang begitu terasa dalam jiwa dan minda beberapa orang penyair mapan Malaysia khususnya ketika berpeluang mengunjungi Negara Rusia. Penyair Malaysia pertama tiba di Rusia ialah Sasterawan Negara Usman Awang (1972) diikuti oleh Firdaus Abdullah (1979, 1996), Jihaty Abadi (1988), Kemala (1989), Muhamad Haji Salleh, Ahmad Razali Yusof, Rahman Shaari (1996). Kertas kerja ini membataskan kajian terhadap penyair mapan yang telah diakui sebagai penyair yang kerap melakukan perjalanan sama ada oleh undangan rasmi, belajar di luar negeri ataupun oleh kesenangan mengembara. Sejauh manakah perjalanan singkat ke Rusia telah menyerapkan makna sosio-budaya itu di jiwa dan minda penyair? Pengetahuan sejarah sosio-politik Rusia di dekati secara alami oleh penyair Malaysia baru terjadi pada tahun 1972. Usman tiba kala musim dingin, dengan `tubuh yang malu’ diganggu rasa mahalnya sebuah senyuman. Keterharuan Kemala menyatukan rindu Nusantara, kala dia mengunjungi pusara Utuy Tatang Sontani. Ada `lagu batin pedih kasih’ di jiwa Kemala, serta hormat kagum Muhammad Haji Salleh terhadap `negara besar kerana mengenal diri’. Sorotan pengalaman ilmu dan sejarah begitu tersimpul dalam sukma penyair Malaysia, sehingga terjalin persahabatan kasih budaya.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 2996 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 20 Oct 2011 03:30 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page