Pemikiran siber urbanisme masyarakat Melayu di Bandar Pintar

Jalaluddin Abdul Malek, (2008) Pemikiran siber urbanisme masyarakat Melayu di Bandar Pintar. Jurnal Melayu, 3 . pp. 179-218. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
125kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/

Abstract

Konsep pembangunan bandar era paska moden telah diberi berbagai jenama seperti konsep bandar mapan, bandar sejahtera, bandar berdaya huni, bandar selamat dan bandar pintar. Bandar pintar pula dikenali dengan berbagai nama seperti intelligent city, smart city, bandaraya bestari, bandar maya dan technopolis. Kesemua bandar pintar tadi dibangun dengan mengutamakan infrastruktur ICTs (Information and Communication Technology) sebagai kemudahan asas bandar di samping kemudahan asas yang lain. Infrastruktur ICTs tersebut bertujuan untuk merealisasikan sistem aplikasi kerajaan elektronik, sistem teleperubatan, sistem perdagangan elektronik dan sistem kad pintar. Pembangunan konsep bandar pintar juga tidak meninggalkan aspek pembangunan Masyarakat Global Bermaklumat (MGB). Pembangunan MGB memberi tumpuan kepada pembangunan manusia termasuk aspek pengetahuan, jasmani dan rohaniah. Bandaraya Bestari, Bandaraya Taman Putrajaya serta Bandar Pintar Cyberjaya merupakan contoh terbaik di negara ini yang menerima pakai konsep bandar pintar kerana terletak dalam kawasan MSC. Namun begitu `pintar’nya bandar pintar sering dibicarakan dalam konteks pembangunan fizikal (urbanisasi dan urbaniti) seperti kemajuan kemudahan ICTs. Jarang sekali dibicarakan dalam konteks pembangunan MGB khususnya dari aspek pemikiran (urbanisme). Justeru, perbincangan ini melihat isu pemikiran pembandaran bandar pintar yang dikenali sebagai siber urbanisme yang menyentuh perubahan sosio-teknologi MGBnya. Tumpuan utama melihat pemikiran siber urbanisme penduduk Melayu di Putrajaya dalam menghadapi arus kemajuan ICTs dan kemajuan sebagai MGB. Isunya, bagaimanakah keadaan penerimaan kemajuan ICTs oleh orang-orang Melayu yang mendiami Putrajaya ? Apakah jenis pemikiran siber urbanisme mereka sebagai MGB kesan daripada penerimaan konsep bandar pintar tadi ? Adakah ianya sesuai dengan jatidiri dan budaya mereka ? Sehubungan itu, kertas kerja ini cuba membincangkan pemikiran siber urbanisme penduduk Melayu mengenai pembangunan Putrajaya dan pembangunan MGB. Metod yang digunakan ialah analisis kualitatif berasaskan maklumat daripada dialog dengan para penduduk. Hasil kajian mendapati 12 jenis pemikiran siber urbanisme telah ditemui iaitu sama ada bersifat pemikiran siber urbanisme positif atau siber urbanisme negatif yang memberi cabaran kepada pembangunan bandar pintar dan MGB.

Item Type:Article
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3002
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:20 Oct 2011 03:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page