Pengurusan persembahan: pengalaman peribadi di belakang tabir penerbitan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Abd.Ghani Ahmad, (2009) Pengurusan persembahan: pengalaman peribadi di belakang tabir penerbitan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Jurnal Melayu, 4 . pp. 91-109. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
78kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini merupakan rakaman pengamalan peribadi di belakang tabir pengurusan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Akan dikupas faktor-faktor kejayaan sitkom ini berasaskan pemerhatian-pengalaman sepanjang penglibatan penulis sebagai pengurus pentas sitkom tersebut. Fakta-fakta dianalisiskan berlandaskan lima elemen utama penentu kejayaan sesebuah produksi televisyen iaitu pemilihan idea, pemilihan pelakon, kumpulan produksi, peralatan yang digunakan dan kepuasan penonton. Penekanan diberikan berlandaskan falsafah pengurusan pementasannya. Didapati apa pun kaedah yang digunakan namun kejayaan pengurusan pentas adalah terletak pada disiplin, dedikasi, ketekunan dan komited di kalangan seluruh tenaga produksi. Terbukti seluruh anggota sitkom ini, dari peringkat atas hingga di peringkat bawah, begitu akrab dan hubungan mereka mempunyai chemistry. Ini ketara sekali di kalangan pelakonnya hinggakan kombinasi pelakonnya yang mantap itu ditanggapi oleh para pemerhati sebagai persembahan secara improvatif. Di samping itu, kekuatannya terletak pada tema, topik dan dialognya. Secara keseluruhannya, sitkom ini dapat bertahan begitu lama dan menjadikan land-mark kepada genre persembahan sehingga ke hari ini adalah kerana, selain mengengahkan isu-isu yang menarik, ia dibarisi barisan pelakon yang begitu mantap

Item Type:Article
Keywords:Sejarah; Idea; Pelakon; Pengurusan dan Falsafah Pengurusan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3011
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Oct 2011 06:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page