Mak Long The Guest-House, Cherating: di sebalik legenda pengasasan program rumah-inapan di Malaysia

Mohamed Anwar Omar Din, and Norazlinda Mohamed Rosdi, (2009) Mak Long The Guest-House, Cherating: di sebalik legenda pengasasan program rumah-inapan di Malaysia. Jurnal Melayu, 4 . pp. 127-142. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
72kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini menyorot perkembangan Mak Long Teh Guest House di Cherating yang tidak begitu diperhatikan oleh para pengkaji. Tajuk ini penting kerana rumah-inapan ini bukan sahaja merupakan keusahawanan pelancongan pertama yang pernah dijalankan di Cherating tetapi juga merupakan antara perintis terawal pembangunan rumah-inap di negara ini. Makalah ini adalah satu diskripsi tentang bagaimana berlakunya penglibatan masyarakat tempatan, seperti Mak Long Teh, terlibat dalam industri pelancongan dengan menjalankan keusahawanan kecil dan apakah faktor dalaman dan luar yang mendorong mereka untuk terlibat dalam sektor ini. Bahan penulisan makalah ini adalah maklumat yang diberikan oleh orang-orang yang terlibat secara langsung dengan keusahawanan tersebut, terutama anak-anak Mak Teh Long sendiri. Di samping itu, data dikutip daripada pengamatan lapangan dan sebahagian daripadanya diperoleh dari dokumendokumen rasmi kerajaan. Kajian ini memperlihatkan impak daripada keusahawanan besar di tempat tersebut yang meruntuhkan keusahawanan kecil tempatan sebagaimana dialami oleh rumah-inapan ini.

Item Type:Article
Keywords:Rumah-inapan; Perancangan Kerajaan; Layan tamu; Back-packers dan Promosi
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3013
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Oct 2011 07:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page