Laporan kajian warisan Orang Kuala: kajian kes di Batu Pahat dan Pontian, Johor

Yuszaidy Mohd Yusoff, and Mohamad Nazri Ahmad, and Mohamed Anwar Omar Din, (2009) Laporan kajian warisan Orang Kuala: kajian kes di Batu Pahat dan Pontian, Johor. Jurnal Melayu, 4 . pp. 143-160. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
66kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Laporan ini adalah hasil kajian kes di pertempatan Orang Kuala di daerah Batu Pahat dan Pontian, Johor. Aspek-aspek yang dikaji ialah latar belakang umum, asas jati diri, ciri petempatan dan seni persembahan suku-masyarakat berkenaan. Sebahagian besar data adalah dikutip secara langsung melalui temu ramah intensif dengan pemimpin pendapat masyarakat berkenaan di pertempatanpertempatan tersebut. Didapati Orang Kuala adalah sebahagian daripada Orang Laut dari suku-masyarakat Orang Duano. Walaupun pihak kerajaan mengkategorikan mereka sebagai Orang Asli namun mereka menganggap mereka adalah suku-masyarakat Melayu. Cara hidup yang mereka amalkan telah mengalami perubahan masa namun warisan teras mereka iaitu penganutan agama Islam, bahasa dan budaya mereka masih berkekalan sehingga kini. Warisan itulah menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri yang mirip kepada sifat kemelayuan dan membezakan mereka daripada Orang Laut lain dan Orang Asli.

Item Type:Article
Keywords:Orang Duano; Warisan; Pertempatan; Tarian Dangkung dan Perubahan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3014
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:21 Oct 2011 07:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page