Mohd Yusof Hj. Abdullah, and Latiffah Pawanteh, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, and Normah Mustafa, (2010) Kesedaran dan sikap komuniti dalam pengurusan persekitaran di Wilayah Iskandar, Johor. Jurnal Melayu, 5 . pp. 71-86. ISSN 1675-7513
|
PDF
143kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu
Abstract
Makalah ini membincangkan aspek kesedaran dan sikap komuniti terhadap penjagaan persekitaran. Data dan maklumat adalah daripada kajian yang dijalankan ke atas sampel kajian di wilayah Iskandar, Johor. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk mempunyai kesedaran tentang pentingnya persekitaran yang bersih, namun mereka berfikiran bahawa pihak berkuasa tempatan yang lebih sepatutnya melaksanakan tanggung jawab menjaga kebersihan alam sekitar itu. Responden beranggapan bahawa penjagaan kebersihan di ruang luar kawasan rumah mereka seperti pantai, taman permainan dan tempat-tempat awam adalah tanggung jawab pihak berkuasa. Sikap sebegini boleh menyumbang kepada kurangnya rasa bertanggung jawab dan keinginan menjaga kebersihan persekitaran dalam kalangan komuniti. Makalah ini menyimpulkan bahawa penjagaan persekitaran memerlukan penglibatan semua pihak melalui aktiviti berancang seperti kempen atau program khusus.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | pengurusan alam sekitar; kesedaran; sikap; ruang; penglibatan komuniti |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 3019 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 28 Oct 2011 03:26 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page