Metod penulisan kitab Matla Al; Badrayn Wa Majma Al Bahrayn

Muhammad Adib Samsuddin, and Mohammad Zaini Yahaya, and Hairulazam Ab Rahman, (2010) Metod penulisan kitab Matla Al; Badrayn Wa Majma Al Bahrayn. Jurnal Melayu, 5 . pp. 155-178. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
105kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini menganalisis metod penulisan sebuah karya Melayu yang ulung di nusantara iaitu Matlac al-Badrayn karangan Syeikh Muhammad bin Ismail al- Fathani. Sumber penulisan makalah ini termasuk Matlac al-Badrayn wa Majmac al-Bahrayn, Matlac al-Badrayn Kitab Fiqhi yang termasyhur di Dunia Melayu dan Pondok dan Madrasah di Pattani. Ia merupakan sebuah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian ini ialah dapat mengenal pasti metod yang digunakan dalam buku Matlac al-Badrayn itu, antara lain, ia mengemukakan definisi kepada setiap topik fikah secara ringkas, menonjolkan kaedah-kaedah fikah, keterbukaan pengarangnya menerima pandangan-pandangan yang berbeza dan setiap pendapat yang dikemukakan itu disokong pula oleh hujah dan dalil. Kajian ini akhirnya mendapati metod yang dipakai ketika mengarang Matlac al-Badrayn memenuhi manhaj ilmiah yang telah diwarisi sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Item Type:Article
Keywords:al-Qur’an; fikah; Ijmak; Qiyas; dan Maslahah mursalah
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3023
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Oct 2011 03:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page