Sikap terhadap Bahasa Melayu : satu kajian kes di Pantai Timur Semenanjung

Zulkifley Hamid, and Rahim Aman, and Karim Harun, (2010) Sikap terhadap Bahasa Melayu : satu kajian kes di Pantai Timur Semenanjung. Jurnal Melayu, 5 . pp. 163-176. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
53kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Kajian ini meneliti secara empirikal sikap dan penerimaan masyarakat bandar dan luar bandar terhadap bahasa Melayu dengan memfokus kepada penutur bahasa Melayu di kawasan pantai timur Semenanjung, iaitu negeri Pahang Darul Makmur. Enam buah daerah di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian iaitu, Temerloh, Maran, Jerantut, Muadzam Shah, Kuala Lipis, dan Kuantan. Penelitian terhadap sikap bahasa ini memanfaatkan pendekatan Sosiolinguistik. Sebanyak 200 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden yang berumur dalam lingkungan 10 tahun hingga 61 tahun. Di samping soal selidik, data kajian juga diperoleh dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian turut serta. Data ini dianalisis menggunakan kaedah SPSS. Hasil kajian mendapati bahawa sikap bahasa masyarakat Pantai Timur adalah berbeza-beza mengikut pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Sikap bahasa berdasarkan umur, keturunan, agama, taraf pendidikan dan lokasi kediaman memperlihatkan perbezaan yang ketara. Namun begitu, daripada segi taraf pendapatan dan taraf perkahwinan pula sikap bahasa tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara. Secara keseluruhan, berdasarkan ujian kesahan dan kebolehpercayaan ke atas tahap penguasaan pengetahuan bahasa Melayu, sikap dan penerimaan bahasa Melayu serta sikap terhadap bahasa Melayu,menunjukkan bahawa terdapat kesahan dan kebolehpercayaan yang cukup tinggi dalam masyarakat Melayu di pantai timur terhadap bahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Sikap bahasa; penguasaan bahasa; status bahasa; penerimaan bahasa dan perancangan bahasa.
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3024
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Oct 2011 03:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page