Hitungan dalam Naskhah Melayu dan Jawa : analisis dalam Syair Laksana Kita dan Mujarabat

Zubir Idris, and Yusmilayati Yunos, (2010) Hitungan dalam Naskhah Melayu dan Jawa : analisis dalam Syair Laksana Kita dan Mujarabat. Jurnal Melayu, 5 . pp. 209-225. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
69kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini membuat analisis tentang hitungan dalam masyarakat Melayu dan Jawa berasaskan teks persuratan klasik iaitu Syair Laksana Kita dan Mujarabat (edisi Jawa). Konsep hitungan itu dilihat sebagai angka berasas pengiraannya. Analisis ini mendapati pengungkapan nilai tersebut dapat dimanfaatkan sebagai satu usaha untuk memecahkan dan menyelesaikan beberapa masalah kehidupan yang sering mereka hadapi. Pemanfaatan angka sebagai prinsip asas dalam hitungan digunakan untuk menentukan waktu yang baik atau buruk dalam melakukan pelbagai kegiatan tertentu seperti perkahwinan, mendirikan rumah dan mencari rezeki. Dalam masyarakat Melayu, konsep sedemikian digunakan misalnya dalam melihat keserasian pasangan dalam penentuan jodoh. Keserasian tersebut dipercayai dapat menentukan kebahagiaan pasangan pada masa akan datang. Bagi masyarakat Jawa pula, terdapat konsep hitungan yang disebut sebagai petungan. Lumrahnya petungan dilakukan oleh dukun atau orang tua yang berilmu dan berpengetahuan. Mereka sering menjadi pakar rujuk sekiraya seseorang ingin melakukan pelbagai kegiatan yang penting dalam hidup mereka. Sehubungan dengan itu, teks Syair Laksana Kita dan Mujarabat digunakan sebagai sumber utama dalam penulisan ini, bagi melihat bagaimana konsep hitungan diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu dan Jawa.

Item Type:Article
Keywords:Perhitungan; jumlah nilaian; bermuafakat; keserasian; dan petua.
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3027
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Oct 2011 07:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page