Che Abdullah Che Ya, and Mawar Shafie, and Misran Rokimin, (2010) Manusia dan kuasa : meneliti politik perpartian dalam beberapa novel Melayu 1970-an hingga 1980-an. Jurnal Melayu, 5 . pp. 251-263. ISSN 1675-7513
|
PDF
56kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu
Abstract
Makalah ini meneliti politik perpartian dalam beberapa buah novel Melayu yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel yang diteliti ialah Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayun Anak Dicubit karya Marwilis Haji Yusof. Persoalan politik digarapkan dengan menggunakan pendekatan politik kuasa kerana dunia politik itu sendiri berkisar di sekeliling persoalan percanggahan-percangahan pendapat dan kepentingan sesama ahli masyarakat yang melibatkan pula persoalan kuasa. Berdasarkan novel-novel ini sebagai fakta, makalah ini mendapati politik perpatian dalam novel Melayu adalah pantulan atau manifestasi realiti kehidupan sebenar. Novelnovel ini membayangkan perebutan kuasa, permusuhan, pertentangan, lobimelobi, penyelewengan, dan penganiayaan adalah perkara lazim berlaku dalam kehidupan sebenar, terutamanya sekali daripada segi politik perpatian
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kuasa; politik perpartian; perebutan kuasa; permusuhan dan penyelewengan. |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 3029 |
Deposited By: | Mr Fazli Nafiah - |
Deposited On: | 28 Oct 2011 07:37 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page