Pola vokal Bahasa Inggeris /I:, I/ penutur Melayu bilingual : satu pendekatan fonetik akustik

Shahidi A.H, and Zulkifley Hamid, and Rahim Aman, (2010) Pola vokal Bahasa Inggeris /I:, I/ penutur Melayu bilingual : satu pendekatan fonetik akustik. Jurnal Melayu, 5 . pp. 265-275. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
175kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini memerihalkan pola pengujaran vokal bahasa Inggeris (bahasa kedua informan: B2) dan Melayu (bahasa pertama informan: B1) yang dipertuturkan oleh penutur Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian-kajian terdahulu ke atas ciri fonetik bahasa Melayu dan Inggeris (yang diujarkan oleh penutur Melayu) berasaskan pendekatan fonetik akustik amat terhad dan terbatas. Justeru, kepentingan makalah ini terserlah menerusi pemaparan hasil Ujian Pengujaran (Production Test) berasaskan analisis spektrografik bunyi vokal /i/ serta vokal /i, / yang wujud di posisi awal, tengah dan akhir kata B2 dan B1 yang dihasilkan oleh penutur Melayu. Fenomena realisasi fonetik vokal yang di temui ialah ciri kepanjangan vokal /i/ (tengah kata) B1 berbanding /i/ dalam B2, kepanjangan vokal /i/ berbanding /i/ di posisi awal kata B2, ciri keserupaan pola fonetik (ciri kepanjangan dan kualiti) vokal /i/ dan /i/ di posisi tengah kata B2 dan bukti yang menunjukkan bahawa penutur Melayu bilingual menyedari kepentingan perbezaan realisasi fonetik antara /i/ dan /I/ di akhir kata B2 (/i/ dihasilkan lebih panjang berbanding /I/) tetapi ciri akustik kedua-dua vokal yang dihasilkan oleh mereka ternyata tidak bersamaan dengan ciri standard vokal bahasa Inggeris (mahupun ibundanya).

Item Type:Article
Keywords:Fonetik; Analisis Spektrografik; Bahasa Inggeris-Melayu; pembelajaran bahasa kedua
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3030
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Oct 2011 07:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page