Pembangunan warisan di Malaysia : tinjauan umum tentang dasar

Yuszaidy Mohd Yusoff, and Hanapi Dollah, and Ab. Samad Kechot, and Mohamed Anwar Omar Din, (2010) Pembangunan warisan di Malaysia : tinjauan umum tentang dasar. Jurnal Melayu, 5 . pp. 277-283. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
46kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini merupakan tinjauan awalan tentang dasar pembangunan warisan di Malaysia dengan memberi fokus terhadap penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia (2007). Kefahaman tentang kedudukan kedua-dua perkara ini penting sebelum seseorang itu melakukan penyelidikan tentang perlindungan dan pemuliharaan warisan di negara ini kerana merupakan elemen paling asas dalam bidang ini. Penghujahan dalam makalah ini adalah diasaskan pengalaman dan pemerhatian secara langsung terhadap senario yang berlaku pada hari ini. Dihujahkan bahawa pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2005 merupakan salah satu peristiwa penting dalam pembangunan warisan di negara ini. Ia menjadikan skop usaha perlindungan dan pemuliharaan warisan negara lebih komprehensif berbanding dengan masa-masa sebelum ini. Walau bagaimanapun, Akta ini tidak disokong oleh jentera pelaksanaan yang berkesan. Malah, dihujahkan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia dan pengecilan fungsi Muzium Negara (bersama bahagian-bahagian di bawahnya terutamanya Muzium dan Antikuiti) telah membawa kesan kebalikan kerana wujud ‘perselisihan struktural’ yang merugikan semua pihak kerana wujud jentera pelaksanaan yang berpecah-pecah, tanpa penyelarasan antara sesebuah agensi dengan agensi lain.

Item Type:Article
Keywords:Akta Warisan Kebangsaan 2005; warisan ketara; warisan tidakketara; Jabatan Warisan Malaysia; dan jentera pelaksanaan
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3031
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:28 Oct 2011 07:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page