Pantun suku kaum Mah Meri

Shaiful Bahri Md. Radzi, (2003) Pantun suku kaum Mah Meri. AKADEMIKA, 62 (3). ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
138kB

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit/akademika/arkib.html

Abstract

Makalah ini membicarakan pantun yang terdapat di kalangan suku kaum Orang Asli Mah Meri Pulau Carey dari segi asal usul, tema, motif, dan fungsi. Suku kaum Mah Meri ini adalah subgolongan Senoi yang mendiami bahagian pesisir pantai negeri Selangor, terutama di Pulau Carey. Pantun sejumlah 124 rangkap sama ada yang diujarkan dalam bahasa Bersisi dan bahasa Melayu telah diperolehi hasil penyelidikan di Kampung Sungai Judah, Kampung Sungai Rambai, dan Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor. Umumnya, pantun Mah Meri menyerupai pantun Melayu kerana amalan berpantun adalah peminjaman daripada budaya Melayu hasil hubungan sosial golongan ini dengan orang Melayu tempatan, khususnya di kawasan Kelanang dan Jugra, di Kuala Langat. Pantun Mah Meri berkecenderungan bertemakan kasih sayang dan bermotifkan tempatan. Motif ini pula terdiri daripada objek-objek tempatan di Pulau Carey dan sekitarnya seperti topografi kawasan, nama tempat, sungai, serta bukit. Motif-motif itu dijalin dan diadunkan dengan sebaik mungkin untuk disesuaikan dengan tuntutan ciri-ciri pantun yang sungguh ketat. Walau bagaimana ketat sekalipun tuntutan ciri-ciri itu, pantun golongan Orang Asli Mah Meri ini seperti juga pantun orang Melayu lain berkeupayaan menonjolkan unsur keindahan dan seterusnya menyerlahkan jati diri golongan yang memilikinya. Kebiasaannya pantun ini disampaikan secara berlagu sama seperti orang Melayu melagukan dondang sayang, yang dinyanyikan bagi mengiringi tarian Jo’oh, iaitu satu tarian tradisi mereka.

Item Type:Article
Journal:AKADEMIKA
ID Code:3123
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:18 Nov 2011 07:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page