Kepelbagaian dan habitat pteridofit di Hutan Simpan Angsi, Negeri Sembilan (Diversity and habitat of pteridophytes in Angsi Forest Reserve, Negeri Sembilan)

Haja Maideen, and Zuraidah Che Desa, and Damanhuri .A, and Latiff .A, and Rusea .G, (2011) Kepelbagaian dan habitat pteridofit di Hutan Simpan Angsi, Negeri Sembilan (Diversity and habitat of pteridophytes in Angsi Forest Reserve, Negeri Sembilan). Sains Malaysiana, 40 (12). pp. 1341-1344. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http//:www.ukm.my/jsm/

Abstract

Sejumlah 51 takson pteridofit yang tergolong dalam 30 genus dan 18 famili telah direkodkan di Hutan Simpan Angsi, Negeri Sembilan. Ini termasuk lapan spesies lokofit dalam dua genus dan dua famili. Jumlah ini merangkumi lapan peratus daripada 647 spesies yang telah dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Famili terbesar yang direkodkan terdiri daripada Selaginellaceae dan Pteridaceae masing-masing dengan tujuh spesies diikuti oleh Polypodiaceae (enam spesies) dan Tectariaceae (empat spesies). Paku-pakis terestrial merupakan yang paling banyak direkodkan iaitu 60% daripada keseluruhan takson yang didapati diikuti dengan paku pakis epifit (24%) dan paku pakis batuan (16%).

Item Type:Article
Keywords:Habitat; hutan simpan Angsi; kepelbagaian; pteridofit
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3133
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 Nov 2011 07:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page