Kesan Gempa 7.6 Mw Padang Indonesia, 30 September 2009(Earthquake impacts of the Mw 7.6, Padang, Indonesia, 30 September 2009)

Sri Atmaja P. Rosyidi, and Tajul Anuar Jamaluddin, and Lim, Choun Sian and Mohd. Raihan Taha, (2011) Kesan Gempa 7.6 Mw Padang Indonesia, 30 September 2009(Earthquake impacts of the Mw 7.6, Padang, Indonesia, 30 September 2009). Sains Malaysiana, 40 (12). pp. 1393-1402. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
9MB

Official URL: http//:www.ukm.my/jsm/

Abstract

Gempa bumi pada 30 September 2009, dengan kekuatan 7.6 MW yang melanda Bandar Padang, Padang Pariaman dan wilayah Sumatera Barat, Indonesia, telah mengorbankan lebih daripada 1200 orang. Ribuan buah rumah, bangunan dan infrastruktur lain telah mengalami kerosakan tahap ringan hingga teruk. Kajian ini bertujuan untuk melaporkan kesan gempa bumi Padang terhadap kerosakan bangunan dan tanah runtuh yang berlaku pada kawasan Bandar Padang, Padang Pariaman, Pariaman dan Agam. Kesan gempa bumi ini dianalisis berdasarkan data geologi, geoteknik dan impak geo-bencana yang telah dikumpulkan daripada berbagai sumber dan hasil kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kerosakan di kawasan bandar Padang dan Padang Pariaman lebih disebabkan oleh kualiti bangunan yang tidak memenuhi piawaian bangunan dan pengaruh geologi kawasan, iaitu berlakunya amplifikasi tanah disebabkan oleh endapan aluvium yang tebal. Kerosakan teruk pada bangunan antara lainnya dikaitkan dengan kehadiran jalur-jalur sesar kecil atau ketakselanjaran pada lapisan bawah tanah. Beberapa kejadian tanah runtuh besar yang berlaku di Pariaman dan Agam adalah disebabkan oleh geologi kawasan, geomorfologi dan morfologi cerun yang curam. Kajian lanjut diperlukan bagi mengenal pasti dan menilai risiko bencana untuk persediaan menghadapi bencana gempa bumi di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Amplifikasi tanah; gempa Padang; geo-bencana; geologi; tanah runtuh
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3140
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:23 Nov 2011 07:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page