Strategi pembelajaran penuntut aliran pengajian Islam dan hubungannya dalam memenuhi yuntutan pasaran

Ahmad Munawar Ismail, and Zakaria Stapa, (2011) Strategi pembelajaran penuntut aliran pengajian Islam dan hubungannya dalam memenuhi yuntutan pasaran. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (2). pp. 21-30. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
114kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/current.aspx

Abstract

Asas kepada matlamat penubuhan sesebuah institusi pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan individu-individu yang berpengetahuan, cekap, berkemahiran tinggi dan bersedia menyerap pengetahuan dan kemahiran itu ke dalam pelbagai sektor dan organisasi. Kecenderungan individu dalam menyalurkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki itu pula seharusnya seiring dengan strategi pembelajaran yang komprehensif dan berkesan selari dengan keperluan pasaran dan negara. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara Malaysia pada tahun 2003 dalam satu kajiannya mendapati, pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi tidak matang dari segi hal-hal kerjaya. Pelajar-pelajar khususnya graduan daripada aliran sains sosial tidak merancang kerjaya mereka sehingga mengambil masa yang lama untuk memiliki kerjaya yang stabil dan sesuai dengan tahap pengetahuan, kemahiran dan personaliti yang mereka miliki. Justeru, satu penyelidikan ini telah dilaksanakan bagi mengenalpasti sejauhmanakah tahap kesedaran kerjaya (career awareness) dalam kalangan pelajar dan hubungannya dengan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar tersebut bagi mencapai aspirasi kerjaya yang ingin diceburi. Kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dengan menjadikan temubual kumpulan fokus sebagai instrumen bagi mengumpul data-data kajian. Informan bagi kajian ini terdiri daripada penuntut-penuntut aliran pengajian Islam daripada pelbagai cabang. Secara keseluruhan, hasil analisis dapatan kajian mendapati hubungan antara tahap kesedaran kerjaya dengan aspirasi kerjaya dalam kalangan informan ini berada di tahap yang sederhana. Penuntut-penuntut yang terlibat dalam kajian ini mengetahui kerjaya yang ingin mereka ceburi tetapi tidak berusaha meneliti kriteria-kriteria dan merancang strategi-strategi tertentu bagi mengetahui keperluan-keperluan berkaitan berkenaan kerjaya tersebut. Implikasinya, kemahiran-kemahiran yang mereka miliki nanti lazimnya tidak mampu memperlihatkan profisiensi kemahiran penting sebagaimana yang diperlukan oleh sektor-sektor pekerjaan yang ingin diceburi

Item Type:Article
Keywords:Strategi Pembelajaran; Pendidikan; Kerjaya; Pengajian Islam; Kesedaran Kerjaya
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:3160
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Nov 2011 08:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page