Hubungan antara penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor

Zulkifli Abd. Hamid, and Jamilah Othman, and Aminah Ahmad, and Ismi Arif Ismail, (2011) Hubungan antara penglibatan ibubapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri Selangor. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (2). pp. 31-40. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
216kB

Official URL: http://www.ukm.my/jiae/current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penglibatan ibubapa iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi antara ibubapa dan anak di rumah hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar miskin. 180 orang pelajar miskin yang tinggal bersama keluarga di rumah di Negeri Selangor telah dipilih secara rawak bagi kajian ini. Dapatan analisis deskripitf menunjukkan perbincangan ibubapa dengan anak di rumah mempunyai nilai min yang rendah iaitu 2.56, penjagaan mempunyai nilai min rendah (2.66) manakala nilai min komunikasi ibubapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (3.33). Keputusan analisis korelasi Pearson pula membuktikan terdapatnya hubungan yang signifikan antara perbincangan (r = 0.731, p < 0.01), penjagaan (r = 0.737, p < 0.01) dan komunikasi ( r = 0.691, p < 0.01) di rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Analisis regresi pula mendapati penglibatan ibu bapa memberi sumbangan 74.5% ke atas pencapaian akademik pelajar

Item Type:Article
Keywords:Penglibatan ibu bapa; perbincangan; penjagaan; komunikasi; pencapaian akademik; pendapatan bapa
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:3161
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:25 Nov 2011 08:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page