Norlida Hanim Mohd Salleh, and Tamat Sarmidi, and Redzuan Othman, and Abdul Hamid Jaafar, and Raudha Md. Ramli, (2011) Kepuasan dan Kesetiaan Pelancong Domestik Terhadap Destinasi Pelancongan Pulau Kapas(Satisfaction and Loyalty of Domestic Tourists towards the Kapas Island Marine Park). Journal of Tropical Marine Ecosystem (EKOMAR), 2 . pp. 10-21.
|
PDF
621kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jtme/index.php
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kepuasan dan kesetiaan pelancong terhadap destinasi pelancongan di Taman Laut Pulau Kapas. Ukuran kepuasan adalah berasaskan analisis min bagi min jangkaan dan min persepsi (sebenar) pelancong yang berkunjung di pulau tersebut. Perbezaan antara nilai min ini menunjukkan nilai gap. Analisis jurang ini dilakukan bagi menerangkan dengan lebih terperinci tentang kepuasan pelancong. Hasil analisis jurang akan melihat sama ada semua jangkaan pelancong dapat dipenuhi atau tidak. Sekiranya tiada perbezaan ini bermakna pelancong mencapai kepuasan yang dijangka dari lawatannya, namun, jika wujud perbezaan perlu dipastikan lawatannya itu sama ada ada memenuhi kepuasan pelancong atau sebaliknya. Hasil kajian menunjukkan kesemua pelancong merasakan kepuasan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min persepsi antara 3.72-4.87 yang lebih tinggi daripada nilai min purata 2.5. Namun, wujud perbezaan antara nilai min tersebut sama ada melalui analisis gap mahupun ujian t berpasangan. Analisis jurang mendapati nilai min kebanyakan kualiti perkhidmatan adalah negatif bagi kesemua atribut. Nilai t juga didapati signifikan yang menunjukkan terdapat perbezaan antara kepuasan yang dijangka dan persepsi. Walau bagaimanapun, tingkat kepuasan pelancong masih lagi tinggi kerana nilai min persepsi mereka melepasi nilai min persepsi purata. Sementara dari segi tahap kesetiaan yang diukur menggunakan pemboleh ubah lawatan ulangan dan cadangan kepada bakal pelawat adalah tinggi iaitu masing-masing 78 dan 85 peratus bersetuju untuk berbuat sedemikian
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | analisis jurang; kepuasan pelancong; kesetiaan pelancong; Taman Laut Pulau Kapas (TLPK) |
Journal: | Journal of Tropical Marine Ecosystem |
ID Code: | 3175 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 02 Dec 2011 03:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page