Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dam literasi bagi pendidikan prasekolah (The play approach in teaching language and literacy for preschool education)

Sharifah Nor Puteh, and Aliza Ali, (2011) Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dam literasi bagi pendidikan prasekolah (The play approach in teaching language and literacy for preschool education). Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (2). pp. 1-15. ISSN ISSN: 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

275kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx

Abstract

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang menggembirakan dan bermakna kepada mereka. Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanakkanak berinteraksi dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab. Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran melalui bermain. Tranformasi kurikulum pendidikan prasekolah melalui pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)2010 menekankan kemahiran bahasa. Fokus utama proses pengajaran dan pembelajaran ialah berpusatkan kanak-kanak, menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Artikel ini membincangkan kepentingan pendekatan aktiviti bermain dalam perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak. Contoh-contoh pengajaran bahasa Melayu juga dikemukakan sebagai panduan untuk guru.

Item Type:Article
Keywords:belajar melalui bermain; pendidikan prasekolah; perkembangan bahasa dan literasi; Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:3179
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Dec 2011 07:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page