Sikap guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah terhadap penggunaan penggunaan buku teks Bahasa Melayu

Zamri Mahamod, and Mahidin Awang Hitam, and Afendi Hamat, (2011) Sikap guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah terhadap penggunaan penggunaan buku teks Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 1 (2). pp. 17-30. ISSN ISSN: 2180-4842

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

240kB

Official URL: http://www.ukm.my/jpbm/current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap penggunaan buku teks Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keberkesanan buku teks dinilai daripada empat aspek, iaitu (i) keberkesanan isi kandungan, (ii) persembahan, (iii) aktiviti dan latihan serta (iv) bahasa dan istilah. Selain itu, tahap kekerapan penggunaan buku teks Bahasa Melayu semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga dikaji. Seramai 198 orang guru Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan sikap guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan buku teks berada pada tahap sederhana bagi aspek isi kandungan, persembahan serta aktiviti dan latihan. Bagi aspek bahasa dan istilah menunjukkan sikap penggunaan Buku Teks Bahasa Melayu (BTBM) yang tinggi dalam kalangan guru. Manakala tahap kekerapan penggunaan buku teks menunjukkan tahap penggunaan yang sederhana bagi aktiviti semasa P&P. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu kurang didedahkan tentang tata cara penggunaan BTBM secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, dicadangkan langkah-langkah bagi memastikan guru-guru menggunakan BTBM dengan mempertingkatkan kualiti isi kandungan, persembahan, aktiviti dan latihan.

Item Type:Article
Keywords:Buku teks; isi kandungan; guru Bahasa Melayu; sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:3180
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Dec 2011 07:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page