Asal usul orang Melayu : menulis semula sejarahnya (The Malay origin : rewrite its history)

Mohamed Anwar Omar Din, (2011) Asal usul orang Melayu : menulis semula sejarahnya (The Malay origin : rewrite its history). Jurnal Melayu, 7 . pp. 1-82. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Artikel ini merupakan satu usaha kerdil untuk merekonstruksi semula landasan penjelasan tentang asal-usul orang Melayu yang lebih serasi dengan realiti sebenar. Sumber-sumber penulisan artikel ini terdiri daripada sumber-sumber yang telah digunakan dalam tulisan-tulisan yang sudah terkenal mengenai topik ini tetapi dibuat penilaian semula terhadapnya. Walau bagaimanapun, asas penjelasan dalam artikel ini adalah sumber-sumber primer sejak era Masihi dan juga tulisan-tulisan klasik peribumi. Dihujahkan bahawa asal-usul orang Melayu tidak boleh diteluri berasaskan sumber-sumber yang digunakan dalam tulisan-tulisan yang sedia ada kerana kesemuanya bukti yang sah. Itu sebabnya tulisan-tulisan yang ada pada hari ini hanyalah spekulasi yang tidak masuk akal. Artikel ini mengusulkan bahawa pencarian asal-usul orang Melayu tidak boleh diteluri berasaskan bahasa purba (Austronesia dan Austroasia), bahan arkaeologi, bahan antropologi, rupa-fizikal, fosil dan genetik. Sebaliknya, dihujahkan bahawa pencarian asal-usul orang Melayu perlu diasaskan sumber sejarah. Ini kerana orang Melayu yang ada pada hari ini adalah suatu ‘bangsa jadian’ yang terbentuk sejak abad ke-18 hasil daripada pengembangan identiti yang asalnya hanya terbatas dalam kalangan kerabat pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Imagine communities itu terbentuk setelah berakhirnya zuriat Kesultanan tersebut. Pengembangan tersebut berkembang daripada dorongan dinamisme Islamisasi.

Item Type:Article
Keywords:penghijrah; peribumi; spekulasi; nenek moyang dan imagine communities
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3186
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:16 Dec 2011 08:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page