Muhammad Adib bin Samsuddin, and Muhammad Zaini bin Yahaya, (2011) Pemikiran usul fikah Syeikh Ahmad Al-Fatani dalam Kitab Al-Fatawa Al-Fataniyyah. Jurnal Melayu, 7 . pp. 173-192. ISSN 1675-7513
|
PDF
444kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu
Abstract
Syeikh Ahmad al-Fatani merupakan seorang tokoh ulama Melayu yang prolifik dan telah menghasilkan lebih daripada 160 buah karya dalam pelbagai bidang seperti tafsir, hadis dan fikah. Beliau tidak mengarang kitab khusus mengenai usul fikah. Walau bagaimanapun, kitab al-Fatawa al-Fataniyyah mengabsahkan kedudukan beliau sebagai seorang yang sangat mahir dan pakar dalam ilmu tersebut. Makalah ini membincangkan keunggulan pemikiran usul fikah beliau dalam kitab tersebut. Keunggulan beliau itu terserlah kerana pemahaman yang mendalam serta penguasaan yang jitu terhadap ilmu usul yang merupakan perkara paling dasar dan satu-satunya cara untuk mengeluarkan hukum fikah dan fatwa. Beliau mengingatkan kiata bahawa tidak ada jaminan hukum yang dikeluarkan itu menepati panduan al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah ‘disaring’ oleh ilmu usul fikah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | ulama Melayu; usul fikah; fatwa; kitab; fikah |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 3191 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 21 Dec 2011 08:02 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page