Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik Melayu dalam UMNO

Mohd Faidz Mohd Zain, and Jamaie Haji Hamil, and Mohd Rizal Mohd Yaakop, and Mohamad Rodzi Abd Razak, (2011) Pengaruh nasionalisme Melayu mewarnai budaya politik Melayu dalam UMNO. Jurnal Melayu, 7 . pp. 193-216. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
307kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Artikel ini bertujuan meneliti aliran ideologi nasionalisme Melayu dalam budaya politik sejak tahun 1920-an sehingga tercetusnya krisis dalam UMNO pada tahun 1987. Fokus penelitian tertumpu kepada tiga tahap utama. Tahap pertama meneliti kemunculan nasionalisme Melayu sebelum tahun 1946 yang dipelopori oleh Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dan Dr. Burhanuddin Al-Helmi sehingga penubuhan United Malay National Organization (UMNO) yang dipelopori oleh Dato’Onn Jaafar. Tahap kedua memberi tumpuan kepada perkembangan dalam UMNO khususnya usaha menentang Malayan Union dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Tahap ketiga pula membincangkan konflik yang berlaku dalam ideologi nasionalisme UMNO sehingga ia diharamkan serta implikasinya terhadap budaya politik Melayu. Sepanjang tempoh tersebut, pengaruh nasionalisme Melayu sememangnya telah mewarnai corak budaya politik Melayu. Berasaskan kepada perkembangan tersebut artikel ini merumuskan bahawa nasionalisme Melayu masih sesuai diadaptasikan dalam budaya politik Melayu khususnya dalam perjuangan UMNO

Item Type:Article
Keywords:Nasionalisme; Nasionalisme Melayu; Melayu; Budaya Politik; UMNO
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3192
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:21 Dec 2011 08:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page