Melaka sebagai pintu masuk pelancongan Sumatera: Perkembangan semasa dan cabaran era global

Hamzah Jusoh, and Habibah Ahmad, and Amriah Buang, and Ari Kurnia, (2011) Melaka sebagai pintu masuk pelancongan Sumatera: Perkembangan semasa dan cabaran era global. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 2-13. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
105kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Negeri Melaka sudah lama membina jaringan strategik sebagai satu wahana untuk perdagangan,kebudayaan, keagamaan dan kerjasama penduduk dengan negara berjiran, terutamanya dengan beberapa provinsi di Sumatera, Indonesia. Hubungan di antara kedua buah negeri dan provinsi ini dengan mudah diperhati atau diterjemahkan melalui perjalanan penduduk bagi tujuan pelancongan sama ada di Melaka atau beberapa bahagian di Sumatera. Sebagai sebuah negeri yang mengiktiraf sektor pelancongan sebagai penjana ekonomi yang utama, banyak inisiatif telah diambil oleh pelbagai pihak berkepentingan di Melaka.Meskipun begitu, isu berkaitan orientasi pembangunan pelancongan yang memberi fokus kepada hal-hal berkaitan peranan Melaka sebagai pintu masuk pelancong Indonesia masih kurang diselidiki. Apakah langkah-langlah ini hanya menguntungkan negeri Melaka semata-mata atau Sumatera juga mendapat manfaatnya. Berdasarkan kajian di Melaka dan Riau – Dumai pada bulan April 2009, manfaat daripada pelancongan dinikmati oleh kedua-dua wilayah meliputi aliran kemasukan pelancong, aliran keperluan perkhidmatan dan barangan dan juga aliran pertukaran budaya serta kesenian. Artikel ini turut membincangkan cabaran negeri Melaka sebagai pintu masuk pelancongan daripada Sumatera menjelang pembentukan komuniti ASEAN 2015.

Item Type:Article
Keywords:era global, jaringan negeri – provinsi, jaringan strategik, pintu masuk pelancongan,kepenggunaan pelancongan, komuniti ekonomi ASEAN
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3198
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 01:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page