Pembangunan dan pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, (2011) Pembangunan dan pola pengundian dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 29-39. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Pilihan raya kecil Manek Urai 2009 diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)dari PAS iaitu Haji Ismail Yaacob pada bulan Mei 2009 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. PAS berjaya mengekalkan kemenangan di DUN tersebut melalui calonnya Mohd. Fauzi Abdullah yang menewaskan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat namun mengalami kemerosotan sebanyak 1287 undi. Sokongan BN bertambah sebanyak 889 undi dan ini menunjukkan pengundi muda yakin terhadap BN.Kejayaan BN menguasai hampir semua undi daripada saluran tiga dan empat menggambarkan pengundi muda mula memberi kepercayaan kepada Kerajaan Pusat untuk membawa pembangunan ke Manek Urai, yang sebahagian besar penduduk bekerja sebagai penoreh getah, pekebun kecil kelapa sawit dan buahbuahan serta bekerja sendiri. Faktor kejayaan BN mengurangkan majoriti kemenangan PAS ialah kemampuan BN menyusun strategi yang baik untuk menawan hati pengundi, dan kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak sendiri menunjukkan komitmen tinggi menyelesaikan setiap isu rakyat yang berbangkit sebelum ini.

Item Type:Article
Keywords:Dewan Undangan Negeri; Manek Urai; pembangunan; pengundi; pilihan raya; pola pengundian
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3200
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 02:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page