Civil disobedience dalam kalangan pengundi Cina di Malaysia

Suhana Saad, and Kartini Aboo Talib@Khalid, (2011) Civil disobedience dalam kalangan pengundi Cina di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 55-65. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
146kB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Malaysia adalah sebuah negara multi-etnik. Parti-parti politik yang ditubuhkan juga cenderung mengikut identiti etnik masing-masing. Misalnya Barisan Nasional (BN) merupakan parti pemerintah yang cenderung berasaskan etnik dan terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mewakili kaum Melayu, Malaysian Chinese Associasion (MCA) yang mewakili etnik Cina dan Malaysian Indian Congress (MIC) yang mewakili etnik India begitu juga dengan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang menjadi komponen BN cenderung berasaskan etnik masing-masing. Bagaimanapun, selepas pilihan raya 2008, berlaku peralihan dalam tren pengundian bagi ketiga-tiga etnik iaitu Melayu telah berpaling daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), India daripada Malaysian Indian Congress (MIC) begitu juga dengan Cina yang berpaling daripada Malaysian Chinese Organisation (MCA) dan Gerakan. Keputusan pilihan raya umum menjelaskan tentang fenomena civil disobedience yang merujuk kepada bantahan atau protes rakyat terhadap beberapa isu dan dasar yang dikaitkan dengan kerajaan seperti politik, ekonomi, pendidikan, etnik dan agama. Rentetan daripada gelombang civil disobedience tersebut,pengundi Cina yang rata-ratanya menghuni kawasan bandar telah beralih menyokong pembangkang terumanya Democratic Action Party (DAP) yang terkenal sebagai sebuah parti cauvinis Cina. Persoalannya apakah pola ini akan berkekalan dalam kalangan pengundi bandar? Kertas ini bertujuan untuk meneliti pencapaian parti politik Cina terutamanya DAP sejak pilihan raya 2008 dengan memberikan fokus terhadap pola pengundian di dua buah negeri iaitu Selangor dan Kuala Lumpur serta perkembangan terkini dalam pilihan raya DUN Sarawak 2011

Item Type:Article
Keywords:Cina, civil disobedience; Democratic Action Party; etnik; pengundi; pilihan raya
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3202
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 03:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page