Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bagan Pinang, Negeri Sembilan

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, and Abdul Halim Sidek, and Noor Aziah Hj. Mohd Awal, (2011) Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 105-115. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
148kB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Fokus utama kajian ini ialah mengenai hubungan antara persepsi kualiti hidup yang dikonseptualisasikan oleh agen-agen pentadbir atau pihak kerajaan (struktur peringkat makro) dengan persepsi kualiti hidup yang dikonstruk daripada pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (struktur peringkat mikro). Perkara ini merupakan jurang teoritikal yang ingin diterokai oleh penyelidik dalam kajian ini. Sehubungan dengan itu,kajian ini akan menggunakan pendekatan tafsiran, menggunakan logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Serian, Sarawak yang terletak kirakira 64 kilometer ke selatan Bandaraya Kuching dan merupakan salah satu daripada empat daerah yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Saiz tentang sampel kajian ini telah dicapai melalui sokongan yang berterusan terhadap ukuran atau kriteria tentang ketepuan teoritikal. Data dalam kajian ini telah dikutip dengan menggunakan teknik temubual mendalam dan perbincangan kumpulan secara informal. Hasil kajian ini mendapati wujudnya perbezaan kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar dengan yang tinggal di kawasan luar bandar. Kedudukan kategori kualiti hidup responden yang tinggal di kawasan yang berhampiran bandar bermula dengan kategori keupayaan sebagai pilihan utama dan kemudiannya disusuli dengan kategori-kategori lain seperti penyertaan, keperkasaan, keselamatan dan kemantapan, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga dan yang terakhir ialah komuniti sumber dan persekitaran.Sementara itu, bagi responden yang tinggal di kawasan luar bandar pula, kategori keselamatan dan kemantapan berada dalam kedudukan yang teratas diikuti dengan kategori-kategori lain seperti komuniti, sumber dan persekitaran, fizikal dan kesejahteraan psikologi, hubungan keluarga, penyertaan, keupayaan dan akhir sekali keperkasaan. Walaupun, kedudukan kategori kualiti hidup pandangan dunia antara responden yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar berbeza, namun dari segi interperetasi responden terhadap setiap tema-tema yang terdapat dalam kategori-kategori tersebut adalah hampir sama.

Item Type:Article
Keywords:1 Malaysia; calon pilihanraya; Dewan Undangan Negeri; penyertaan politik; pilihanraya kecil;tanggapan politik belia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3206
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 03:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page