Pentadbiran kolonial Inggeris di negeri-negeri Selat dan usaha membentras jenayah

Nordin Hussin, and Shakimah Che Hasbullah, (2011) Pentadbiran kolonial Inggeris di negeri-negeri Selat dan usaha membentras jenayah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 141-154. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
140kB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menelai dan membincangkan tentang sejarah jenayah dan perlakuan jenayah yang berlaku di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Malaka dan Singapura). Sejarah awal jenayah yang berlaku di Negeri-negeri Selat (NNS) jelas memperlihatkan bagaimana kelemahan dari sistem perundangan dan juga pemenguatkuasaan undang-undang. Pasukan polis yang sedia ada tidak dapat menengani masalah keselamatan yang berlaku. Dengan berlakunya peningkatan kadar jenayah yang berlaku menyebabkan pihak pentadbiran Inggeris memperkukuhkan system perundangan dan pasukan keselamatannya. Kadar peningkatan jenayah di ketiga-tiga wilayah ini juga berkaitan dengan dasar pentadbiiran kolonial yang telah membawa ramai persalah jenayah untuk dihukum di NNS. Disamping itu juga perkembangan ekonomi yang pesat di NNS telah mengakibatkan kedatangan pendatang dari China dan India dan menyebabkan peningkatan kes jenayah. Semasa Inggeris bertapak di NNS hukum kanun jenayah belum lagi digubal dan juga tidak wujud sebuah undang-undang jenayah yang dapat di guna pakai. Hukum kanun jenayah yang digunapakai tidak selari dengan undang-undang yang digunakan di Calcutta atau pun di England. Justeru perkembangan sejarah perundangan jenayah bermula di negeri-negeri Selat dan kemudiannya telah digunapakai seterusnya ke negeri-negeri Melayu. Artikel ini memperjelaskan bagaimana kerajaan kolonial Inggeris mengambil tindakan yang drastik seperti melakukan perubahan untuk mengurangkan kejadian jenayah di ketiga-tiga negeri tersebut.

Item Type:Article
Keywords:jenayah; kongsi gelap; Negeri-negeri Selat; pentadbiran penjajah British; polis; undang-undang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3209
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 03:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page