Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor

Rosniza Aznie Che Rose, (2011) Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau Pangkor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 155-168. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
428kB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Pulau Pangkor mempengaruhi wujudnya kemudahsampaian, infrastruktur dan pembangunan. Justeru pembangunan Pulau Pangkor dalam bidang pelancongan telah mendapat sokongan, galakan dan intensif yang istimewa daripada kerajaan. Hasil penemuan kajian, melalui persepsi dan tingkat kepuasan pelancong mengenal pasti nilai ambang yang menunjukkan banyak ketidak puasan hati para pengunjungnya terutama pada waktu puncak. Melalui kaedah penilaian keupayaan daya tampung membayangkan bahawa terdapat had ambang terhadap penggunaan, jika terlampau maka keadaan di persisiran pantai akan terjejas,kemudahan-kemudahan akan menjadi tepu dan rasa puas hati di kalangan pengunjung akan hilang. Ini merupakan ciri-ciri utama bagi sektor pelancongan yang mampan dan harus dipelihara. Lazimnya setiap penggunaan manusia terhadap alam sekitar semula jadi akan mengakibatkan beberapa perubahan kepada alam sekitarnya. Tumpuan konsep ini ialah mengenal pasti persepsi dan tingkat kepuasan pelancong melalui kaedah penelitian keupayaan daya tampung fizikal di Pulau Pangkor; iaitu berapa banyak perubahan yang boleh diterima bagi sesuatu persekitaran dan mengutarakan atau menghadkan kesan-kesan buruk terhadap persekitaran pantai di Pulau Pangkor

Item Type:Article
Keywords:ambang kepuasan; keupayaan daya tampung; pelancongan; pelancongan pulau; pembangunan lestari; persekitaran pantai
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3210
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 03:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page