Habibah Ahmad, and Hamzah Jusoh, and Chamhuri Siwar, and Amriah Buang, and Mohamad Shukri Hj Noor, and Shahrudin Mohd Ismail, and Zairin Akma Zolkapli, (2011) Pelancongan budaya di koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER): isu dan cabaran. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 180-189. ISSN 2180-2491
|
PDF
137kB |
Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.
Abstract
Pelancongan budaya, merupakan salah tarikan utama dalam pembangunan produk pelancongan bagi ,seperti yang telah dirancang dalam pelan pembangunan komprehensif Koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Pelancongan budaya sebenarnya juga terjelma dalam konteks budaya tampak (tangible) dan bukan tampak (intangibe) dalam pelbagai aspek penawaran pelancongan di negeri-negeri yang berada di wilayah ini. Setelah menjangkau empat tahun (2008-2011) pembangunan pelancongan terlaksana dalam konteks wilayah, pencapaian negeri-negeri ini dalam konteks pelancongan budaya masih belum dapat diukur ke mana dan di mana tahap pencapaiannya. Apalagi mampu menempa nama sebagai nic pelancongan negara dalam konteks wilayah yang kaya dengan budaya tradisi. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan meneliti perkembangan pencapaian pelancongan budaya dalam tempoh tersebut dengan menjurus kepada pengenalpastian isu dan cabaran dalam memacu pelancongan budaya di wilayah pembangunan lestari ECER. Kertas ini menghujahkan tanpa adanya kerangka pendekatan dalam meneliti seni budaya sebagai satu ilmu pengetahuan tempatan tinggi dan sebagai industri yang kreatif, berbakat dan menjana kewangan, peluang memajukan pelancongan budaya masih terhalang oleh isu yang konvensional dan ini tentunya memberi cabaran kepada pelbagai pihak untuk membangunkan pelancongan budaya diwilayah ECER.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | bakat tempatan; budaya tempatan; ilmu pengetahuan tempatan tinggi; industri kreatif;pelancongan budaya; tradisi budaya |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 3212 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 22 Dec 2011 04:25 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:33 |
Repository Staff Only: item control page