Aktiviti ekonomi dan penjanaan haba di beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur

Shaharuddin Ahmad, (2011) Aktiviti ekonomi dan penjanaan haba di beberapa lokasi terpilih di Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (5 (spe). pp. 202-210. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://pkukm.web/geografia/v1/index.php.

Abstract

Aktiviti harian penduduk di bandar raya seperti di pejabat, pasar malam, gerai di tepi jalan, kompleks perniagaan, kawasan pelancongan, trafik dan sebagainya memberi impak kepada alam sekitar fizikal.Peningkatan suhu harian dijangkakan berlaku di persekitaran Kuala Lumpur. Sehubungan itu, kajian ini cuba menganalisis fenomena sama di empat kawasan popular aktiviti manusia di sekitar Kuala Lumpur. Kawasan fokus adalah kawasan perniagaan di China Town (Jalan Petaling) dan dibandingkan dengan Kampong Baru, Little India dan kawasan hijau Bukit Nenas. Data suhu, kelembapan bandingan dan halaju angin dicerap untuk dua hari antara jam 20:00-23:00 dengan menggunakan alat mini hygro thermo-anemometer Extech’s Model 45158. Hasil kajian mendapati kawasan perniagaan China Town (Jalan Petaling) merekodkan suhu 1.0C lebih tinggi berbanding dengan kawasan hijau dan lebih daripada 0.5C berbanding Kampong Baru dan Little India. Apabila dibandingkan dengan kawasan hijau, di dapati China Town mencatatkan kadar intensiti pulau haba bandar sekitar 1.0C. Keadaan ini berlaku disebabkan aktiviti perniagaan pada waktu malam di China Town, terutama memasak makan panas yang menjana beban haba persekitaran hingga meningkatnya suhu pada waktu malam. Tambahan lagi, kawasan China Town yang sempit dan ‘berlorong’ menjadikan kawasan ini lebih padat dan sesak dengan peniaga yang menjual barangan kering dan makanan panas. Secara perbandingan, kawasan Bukit Nenas bersifat kawasan hijau dan terbuka, Little India yang juga lebih terbuka dengan tumbuh-tumbuhan di sepanjang jalannya, sementara Kampong Baru secara relatifnya kurang sesak, sekalipun aktiviti perniagaan pada waktu malam tetap ijalankan.Keseluruhannya, penjanaan haba di Kuala Lumpur adalah akibat kesesakan penduduk dan aktiviti perniagaan yang menyediakan keperluan pembeli barangan dan pelanggan yang makan di luar

Item Type:Article
Keywords:beban haba; intensiti pulau haba bandar; kawasan hijau; kawasan perniagaan; kawasan lapang;kelembapan bandingan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3214
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:22 Dec 2011 04:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:33

Repository Staff Only: item control page