Nur Izzi Md. Yusoff, and Mohd. Rosli Hainin, and Hasanan Md. Nor, (2012) Cirian pasir pengisi sambungan turapan blok konkrit saling mengunci pada jarak sambungan dan kecerunan yang berbeza (Jointing sand characteristics of interlocking concrete block pavements at different slopes and joint widths). Sains Malaysiana, 41 (1). pp. 103-110. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Abstract
Kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat kelakuan pasir penyambung turapan blok konkrit saling mengunci pada jarak sambungan dan kecerunan yang berbeza. Model di makmal yang berukuran 1.2×0.6 (m2) telah dibina dan blok konkrit daripada jenis quadpave yang bersaiz 200×100×60 (mm3) telah digunakan sebagai lapisan atas. Jarak sambungan yang digunakan adalah 2, 4 dan 6 mm dengan kecerunannya adalah 0, 5, 10 dan 15%. Uji kaji tarik keluar dijalankan untuk setiap keadaan. Hasil kajian menunjukkan jarak sambungan 2 mm adalah jarak sambungan yang paling sesuai untuk gunakan pada jalan yang bercerun. Semakin besar jarak sambungan, semakin menurun sifat penguncian antara blok konkrit. Ini berlaku di mana daya yang diperlukan untuk menarik blok keluar semakin mengecil apabila jarak sambungan semakin lebar. Kehadiran air dalam kuantiti yang sedikit menyebabkan pasir pengisi menjadi lebih mampat tetapi apabila air terlalu banyak, hakisan akan berlaku. Kajian ini mencadangkan kecerunan maksimum penggunaan turapan blok konkrit saling mengunci adalah sehingga 10% untuk mengelakkan hakisan pasir pada penyambung dan juga penurunan sifat penguncian antara blok konkrit.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keluasan sambungan dan kecerunan; pasir penyambung; turapan konkrit saling mengunci |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 3235 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 27 Dec 2011 09:04 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:34 |
Repository Staff Only: item control page