Pendekatan Islam dalam menangani kemungkinan risiko bioteknologi di Malaysia

Latifah Amin, and Siti Fairuz Sujak, and Abdul Latif Samian, and Mohd Sabri Haron, and Mohd Nasran Mohamad, and Mohd Yusof Hj. Othman, (2011) Pendekatan Islam dalam menangani kemungkinan risiko bioteknologi di Malaysia. Jurnal Hadhari, 3 (2). pp. 1-22. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

392kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Pembangunan bioteknologi moden tumbuhan menerusi teknik kejuruteraan genetik merupakan salah satu kaedah bagi menambah baik mutu tumbuhan dari segi kualiti dan kuantiti. Namun, perdebatan tentang manfaat dan risikonya menimbulkan persoalan, adakah agama Islam membenarkan aplikasi bioteknologi moden ini dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap percanggahan manfaat dan mudarat yang diperdebatkan dalam bioteknologi moden tumbuhan menurut pendekatan Islam. Segala percanggahan dalam manfaat dan risiko bioteknologi moden tumbuhan boleh ditangani menerusi kaedah pentarjihan. Kaedah pentarjihan ini merumuskan bahawa jika sesuatu produk bioteknologi moden tumbuhan itu memberi manfaat yang besar kepada manusia sejagat tanpa sebarang risiko kepada lima objektif utama syariah, maka penggunaan produk tersebut adalah dibenarkan. Sebaliknya, jika sesuatu produk bioteknologi moden tumbuhan terbukti mendatangkan mudarat kepada lima objektif syariah tadi,maka penggunaan produk tersebut adalah dilarang. Jika produk tersebut bermanfaat tetapi menimbulkan risiko yang tidak pasti, maka kebenaran untuk menggunakan produk tersebut mestilah ditangguhkan terlebih dahulu sehingga manfaat atau risiko yang dominan dan pasti dapat dibuktikan. Kertas ini membuktikan bahawa Islam telah menyediakan panduan yang sesuai dan lengkap tentang tatacara membuat keputusan berkaitan isu-isu kontemporari

Item Type:Article
Keywords:Bioteknologi moden tumbuhan; perspektif Islam; pentarjihan; manfaat; risiko
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:3241
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Jan 2012 01:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page