Model kepemimpinan etika berlandas sirah Nabi Muhammad SAW

Suraiya Ishak, (2011) Model kepemimpinan etika berlandas sirah Nabi Muhammad SAW. Jurnal Hadhari, 3 (2). pp. 23-44. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

434kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Kepimpinan memainkan peranan penting dalam usaha membudayakan etika dan integriti di kalangan ahli organisasi. Sehubungan itu konsep kepemimpinan beretika adalah permulaan kepada usaha membudayakan etika di dalam struktur organisasi. Artikel ini bertujuan mengenal pasti model kepemimpinan etika berasaskan karakter Nabi Muhammad SAW. Artikel konseptual ini telah disediakan berasaskan sorotan literatur serta nas-nas daripada Al-Quran dan Hadith. Perbincangan mendapati tiga faktor yang membentuk kepemimpinan etika seperti dimodelkan daripada diri Nabi Muhammad SAW. Faktor pertama terdiri daripada akhlak diri baginda sebagai manusia bermoral dan faktor kedua ialah komitmen padu sebagai khalifah yang ditugaskan dengan tanggungjawab tertentu. Manakala faktor ketiga ialah rasa ubudiyyah kepada Pencipta yang dijelmakan dalam bentuk sifat zuhud, takwa dan tawaduk.Elemen ubudiyyah merupakan ciri penting dalam konsep kepemimpinan etika berteraskan sirah Nabi. Oleh yang demikian, ketiga-tiga faktor membentuk konsep kepemimpinan etika syumul yang merangkumi hablun min Allah dan hablun min al-nas.

Item Type:Article
Keywords:etika; kepemimpinan; Islamisasi pengetahuan; kepemimpinan etika; Nabi Muhammad SAW
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:3242
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Jan 2012 01:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page