Persepsi dan kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam Hadhari

Amaludin Ab. Rahman, and Zaid Ahmad, and Sarjit Singh Darshan Sing, and Lee, Yok Fee and Muhamad Nazri Lokman, and Noor Asyikin Harun, (2011) Persepsi dan kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap Islam Hadhari. Jurnal Hadhari, 3 (2). pp. 63-82. ISSN 1985-6830

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

428kB

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/isu-semasa

Abstract

Islam Hadhari merupakan satu gagasan kerajaan untuk difahami dan dihayati oleh semua golongan masyarakat. Pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan ianya tidak disalah fahamkan dengan pelbagai persepsi. Oleh itu, kertas ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang persepsi dan kefahaman masyarakat bukan Islam terhadap pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan. Ianya juga untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan dalam kaedah menyampaikan mesej kepada masyarakat bukan Islam dan mengenal pasti cabaran serta cadangan kaedah berkesan dalam menyampaikan mesej tentang Islam Hadhari kepada masyarakat bukan Islam. Bagi tujuan ini, satu kajian dijalankan dalam kawasan bandar terpilih di sekitar Selangor dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan melibatkan 800 orang responden bukan Islam. Pendekatan kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan.Kaji selidik, perbincangan kelompok berfokus (PKB) dan temu bual individu penting (key informant interview) dijalankan. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan terdapat persepsi positif dan negatif dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap pelaksanaan Islam Hadhari dan tahap kefahaman masyarakat bukan Islam amat rendah dalam memahami pendekatan Islam Hadhari. Namun didapati mereka cuba memahami 10 prinsip Islam Hadhari. Dapatan juga mengesahkan terdapat perkaitan yang signifikan antara persepsi

Item Type:Article
Keywords:Islam Hadhari; persepsi; kefahaman; masyarakat bukan Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:3244
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:10 Jan 2012 02:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page