Umar Halim, and Samsudin A. Rahim, (2011) Penglibatan digital: akses dan penggunaan e-agama dalam kalangan generasi muda Muslim. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27 (2). pp. 121-135. ISSN 0128-1496
|
PDF
482kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom
Abstract
Internet mengalami pertumbuhan yang sangat pesat dan pengguna internet di dunia sekarang ini telah mencecah angka 2 billion orang. Dari segi fungsinya, internet bukan sahaja menjadi saluran berkomunikasi tetapi juga berfungsi sebagai sumber maklumat termasuklah maklumat yang berkaitan dengan keagamaan. Telah dilaporkan bahawa terdapat 36 juta laman web yang berkaitan dengan agama-agama besar di dunia ini. Kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti akses dan penggunaan e-agama sebagai fenomena penglibatan digital dalam kalangan generasi Muslim. Kajian ini dijalankan dengan melibatkan 392 generasi Muslim diJakarta, Indonesia. Responden yang ditemu bual adalah mereka yang sudah memiliki akses internet sama ada di rumah, lingkungan tempat kerja atau belajar, dan diwarung yang menyediakan fasiliti internet. Hasil kajian ini mendapati bahawa akses internet dalam kalangan generasi muda adalah tinggi, dan sebanyak 93 peratus responden telah memanfaatkan internet untuk melayari laman web e-agama. Faktor yang menyokong generasi muda Muslim melayari laman web e-agama adalah motivasi teknologi. Manakala latar pendidikan agama, motivasi mental dan motivasi persekitaran tidak menjadi faktor yang mempengaruhi penggunaan e-agama. Kajian ini juga mendapati bahawa mereka yang kerap mengakses e-agama, secara signifikan akan dapat mencari maklumat berkaitan dengan isu Islam seperti hukum, menunaikan haji dan umrah,isu-isu semasa dalam Islam dan dunia Muslim, sejarah Nabi dan mendapatkan nasihat mengenai jodoh dan tafsiran hukum Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | jurang digital; penglibatan digital; e-agama; generasi muda; akses |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 3254 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 10 Jan 2012 04:13 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:34 |
Repository Staff Only: item control page