Jauhariatul Akmal, and Jamilah Ahmad, (2011) Penggunaan facebook oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (Engo) dalam menyampaikan mesej alam sekitar. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 27 (2). pp. 161-182. ISSN 0128-1496
|
PDF
404kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jkom
Abstract
Perkembangan Facebook telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di seluruh pelosok dunia. Kini, penggunaan Facebook bukan lagi hanya untuk berinteraksi secara peribadi, malah berkembang sebagai medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan, pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video. Dengan mengambil kira perkembangan Facebook di negara ini, kajian ini cuba menghurai penggunaan Facebook oleh 10 Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) di Malaysia khususnya dalam menyampaikan mesej alam sekitar kepada publik. Kajian ini juga dijalankan untuk mengetahui pendekatan yang digunakan oleh ENGO dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat khusus organisasi, mengenal pasti keberkesanan komunikasi dua hala dengan khalayak sasaran melalui penggunaan Facebook dan mengetahui tahap penggunaan Facebook dalam membantu ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan wawancara mendalam (indepth interview) dan dianalisa menggunakan Teori Komunikasi Dialogik (Dialogic Communication Theory). Hasil kajian mendapati media sosial seperti Facebook dapat membantu ENGO di Malaysia menyebarkan mesej alam sekitar kepada masyarakat kerana ia lebih mudah diakses dan paling tinggi penggunaannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Laman Jaringan Sosial; Facebook; Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO; Alam Sekitar; teori Komunikasi Dialogik |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 3256 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 10 Jan 2012 04:32 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:34 |
Repository Staff Only: item control page